Wednesday, October 29, 2014

Maharaja

Kisah nak berkisah
bukan cura lipur lara
nak madah bukan madah
sembarangan gelandangan

Cari nak mencari
yang tersirat dan tersurat
nak mimpi cuma mimpi
tujuh malam penuh dendam

Berwajah jernih bersih tak terperi
bersidi sakti, kijang menyerah diri
panahan matanya tembus gunung berapi
berlidah fasih, berdarah putih kasih

Tuan maharaja belahan hati hamba
dua dunia bersahutan telah bertahta
tuan maharaja idaman suci dara
seri laksana bertautan jiwa mahkota

Kau bukannya maharani
bangun kembali, berpijak lah dibumi

Cari nak mencari
yang tersirat dan tersurat
nak mimpi cuma mimpi
tujuh malam penuh dendam

Kau bukannya maharani
bangun kembali, berpijak lah dibumi

Mungkinkah bulan akan jatuh ke riba
hakikatnya siapa yang menduga








Wednesday, September 10, 2014

Penawar di Hati

Terukir Manis Bibirmu
Wajahmu menawan hati
ku rasa kau bersamaku
sayangnya gambar wajahmu

mengapa kau berjauhan
tahukah kukerinduan
bilakah dapat bersama
tentulah rasa bahgia

Segeralah kau dampingku sayang
Lekaslah datang
ku hiburkan lagu riang
agar kau tenang
kau membuat daku terpesona
bagai di syurga
ku rasa kau berikan kucupan mesra

tak sanggup rasa begini
hidup yang tiada ber erti
gambarmu menjadi saksi
kau lah penawar di hati

Monday, October 10, 2011

Bunga untuk Afiqah

"Ibu... Nasrun nak bagi Afiqah bunga ni". Amboi...terkejut aku! Siap bersongkok lagi. " Ha... nanti jap. Ibu tangkap gambar hensem Nasrun dulu." Last-last balik rumah, " Ibu, Nasrun malulah... Nanti Nasrun dah dewasalah Nasrun bagi Afiqah bunga."

Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Saturday, June 25, 2011

Walk 4 Charity di Sekolah Nasrun

Sabtu 25 Jun 2011, di sekolah Nasrun telah diadakan kemuncak program Walk 4 Charity, anjuran PIBG sekolah bagi mengutip dana untuk menaiktaraf kemudahan di sekolah. Setiap keluarga disasarkan dapat mengutip RM300, tapi kami cuma dapattttt... jauh nun di sana.... :( .


Walaupun ayah tak dapat turut serta, Ibu dan Nasrun tetap akan meneruskan perjuangan ini hingga ke tamat. Huhuhu...

baru lepas garisan permulaan, nasrun dah berpeluh peluh

Lepas acara perasmian dan senamrobik, kami pun bergerak ke jalan raya untuk berjalan beramai-ramai. Teringat kat sekolah dulu, ibu berlari2 merentas desa. Yang itu lagi jauh.

Habis jalan-jalan, minum rehat sekejap, terus pergi ke kantin sekolah, ada peraduan mewarna. Nasrun pun nak join jugak. Tak sabar betul dia.
purple nak kala kat paruh, boleh ibu?



 
Habis mewarna, pegi main ???. Ibu tak tahu namanya.

beratur dulu, 5 minit RM1
Yeaayy!!!!


Sambil-sambil tu, ada juga si panjang dan si pendek.

Panjang ni tak reti duk diam. Susah betul nak amik gambar

   
Sian dia... berderet-deret budak2 nakkan belon.
 Lepas tu ada pertunjukkan silap mata.
Fuyyoh Magic!!! 










































 












Akhir sekali, cabutan bertuah. Nombor kami 286, dan agak BERTUAH. YEAY!!!! Dapat jugak....

Lihatlah Ayah... Lain kali kalau ayah join, mesti dapat tv.     
Walaupun tak menang hadiah untuk peraduan mewarna, tak apalah... lain kali Nasrun cuba lagi.



Tuesday, April 12, 2011

babai sayangku, jasamu tetap ku kenang.

Dah lama saya tak bercerita di blog ni, nak kata takda masa ada je masa, tapi bila ada masa tu, terus jadi takada masa, he he he... tapi kali ni kena bercerita jugak, kalau tidak nanti lupa, maka lenyaplah kenangan yang satu ini begitu sahaja....

Sebetulnya seminggu  ni mesin basuh kesayangan emak telah mendapat sakit gara-gara membasuh kain bersama-sama pampers. Maka saya dan en abang pun hantarlah ke kedai untuk dibaiki, tapi selang dua tiga hari, dia jatuh sakit semula. Kali ini agak nazak. Dan tidak lama itu, dia pun mati...


Sedihnya emak tidak terkata, maklumlah mesin basuh ni dah diguna sejak saya bersekolah menengah lagi, kira-kira 18 tahun yang lalu. Inilah kali pertama dia dihantar ke kedai untuk dibaiki. Dan mana sangka sakitnya itu merupakan sakitnya yang pertama dan terakhir.

Dan malam itu jugalah, saya dan en abang pergi ke kedai elektrik beli yang baru.Terubat sikit hati emak.

Sebentar tadi pula, saya dan abah pergilah ke kedai besi buruk, dan dapatlah kami RM10 sebagai hasilnya.
yang lama
 
yang baru : mampukah berkhidmat selama yang lama?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...