Tuesday, April 12, 2011

babai sayangku, jasamu tetap ku kenang.

Dah lama saya tak bercerita di blog ni, nak kata takda masa ada je masa, tapi bila ada masa tu, terus jadi takada masa, he he he... tapi kali ni kena bercerita jugak, kalau tidak nanti lupa, maka lenyaplah kenangan yang satu ini begitu sahaja....

Sebetulnya seminggu  ni mesin basuh kesayangan emak telah mendapat sakit gara-gara membasuh kain bersama-sama pampers. Maka saya dan en abang pun hantarlah ke kedai untuk dibaiki, tapi selang dua tiga hari, dia jatuh sakit semula. Kali ini agak nazak. Dan tidak lama itu, dia pun mati...


Sedihnya emak tidak terkata, maklumlah mesin basuh ni dah diguna sejak saya bersekolah menengah lagi, kira-kira 18 tahun yang lalu. Inilah kali pertama dia dihantar ke kedai untuk dibaiki. Dan mana sangka sakitnya itu merupakan sakitnya yang pertama dan terakhir.

Dan malam itu jugalah, saya dan en abang pergi ke kedai elektrik beli yang baru.Terubat sikit hati emak.

Sebentar tadi pula, saya dan abah pergilah ke kedai besi buruk, dan dapatlah kami RM10 sebagai hasilnya.
yang lama
 
yang baru : mampukah berkhidmat selama yang lama?

4 comments:

  1. Ooo....

    Kak tie punya mesin basuh semi auto tahan lebih 10 tahun. Tapi yang auto sepenuhnya ni, baru 3 tahun ususnya kat luar tu dah bocor...

    Dah tukar baru, tapi bocor kat bawah pulak. Terpaksa letak luar, bila guna , air keluar dari bawah.. leceh betul. Entah kenapa barang sekarang ni dah tak lasak macam barang dulu.

    Harap-harap mesin basuh mak Aida yang baru ni tahan lebih lama...

    ReplyDelete
  2. betullah kak tie, saya punya yg semi-auto letak kat kg, itupun dah 8 tahun masih baik lagi. tapi rata-rata mesin basuh auto sekarang cepat rosak. harap-harap yg bolehlah bertahan 5 tahun pun jadilah...

    ReplyDelete
  3. 10 hengget je kak..x pela dr buang terus kan..

    slmt berkawan dgn yg baru ye..jg baik2 jgn mesin pampers plak lg.. :)

    ReplyDelete
  4. itulah ma, 10 hengget je dia amik, kalu tv 5 hengget... oklah tu, disamping dapat menjaga alam.. ;)

    ReplyDelete

Jangan segan-segan. Meh ler beri kata sepatah dua....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...