Tuesday, April 12, 2011

babai sayangku, jasamu tetap ku kenang.

Dah lama saya tak bercerita di blog ni, nak kata takda masa ada je masa, tapi bila ada masa tu, terus jadi takada masa, he he he... tapi kali ni kena bercerita jugak, kalau tidak nanti lupa, maka lenyaplah kenangan yang satu ini begitu sahaja....

Sebetulnya seminggu  ni mesin basuh kesayangan emak telah mendapat sakit gara-gara membasuh kain bersama-sama pampers. Maka saya dan en abang pun hantarlah ke kedai untuk dibaiki, tapi selang dua tiga hari, dia jatuh sakit semula. Kali ini agak nazak. Dan tidak lama itu, dia pun mati...


Sedihnya emak tidak terkata, maklumlah mesin basuh ni dah diguna sejak saya bersekolah menengah lagi, kira-kira 18 tahun yang lalu. Inilah kali pertama dia dihantar ke kedai untuk dibaiki. Dan mana sangka sakitnya itu merupakan sakitnya yang pertama dan terakhir.

Dan malam itu jugalah, saya dan en abang pergi ke kedai elektrik beli yang baru.Terubat sikit hati emak.

Sebentar tadi pula, saya dan abah pergilah ke kedai besi buruk, dan dapatlah kami RM10 sebagai hasilnya.
yang lama
 
yang baru : mampukah berkhidmat selama yang lama?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...