Thursday, February 17, 2011

Terlajak lagi!

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Akan tetapi yang terjadi kat saya bukanlah terlajak kata, tapi terlajak tidur di dalam bas!
Masuk kali ni dah kali ke XX saya terlajak bas, lrt, dan komuter sebab tertidur. Padahal sikit je lagi nak sampai, dan dah get ready nak tekan loceng. Boleh terlelap! Huhuhu....
Kalau terlajak naik komuter dan lrt, boleh jugak patah balik tanpa tambahan tambang tapi kalau dah terlajak bas, patah balik tu kenalah tambang semula.
Hailah... bilalah nak berubah, asal naik je, tidur, asal naik je tidur... tidur saja.


psst: dalam feri ibu tak tidur?

*terima kasih leez omar kerana sudi memfollow blog ini. 

7 comments:

  1. Haha.... Lain kali kena pasang alarm dalam phone tu. Ayahnya terlena sama ke ?

    ReplyDelete
  2. he he.. bagus jugak pasang alarm. ayahnya pegi keje naik moto. ibunya tak berani nak bonceng jauh2, so naiklah bas.

    ReplyDelete
  3. bayangkan, sedar2 lepas tu sampai ke kutub utara, macam mana?

    aderkkkk

    ReplyDelete
  4. ni msti terlajak masa g 'sekolah' ni kan.. hmmm..sabo je la.. Rasanya x de la jauh sgt sek akak tu..smpat jugak tido.. :D

    ReplyDelete
  5. ha ha ma, naik bas ke mid vali tu makan masa nak sejam gaklah, pastu komuter dlm 45 minit.... 10 minit punya jalan pun boleh tertidur, inikan 45 minit, ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Tandanya kualiti bas di Malaysia ni bagus betul ler tu.. sedap tido di bas :D

    ReplyDelete

Jangan segan-segan. Meh ler beri kata sepatah dua....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...