Friday, January 28, 2011

Jangan jadi seperti perempuan ini!

Ish, ish.... apalah perempuan ini, kalau macam tu baik kawin dengan yatim piatu ke... 

kalaulah dia dapat menantu yang macam dia jugak satu hari nanti... hmmm... 

 

Ibu mentua kacau bulan madu


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ROME: Seorang wanita Itali memfailkan perceraian sebulan selepas berkahwin gara-gara suaminya membawa ibu ketika berbulan madu.
Agensi berita ANSA melaporkan, wanita berusia 36 tahun itu bercuti bersama suaminya ke Perancis pada Disember lalu.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila percutian itu turut membabitkan ibu mentuanya.
ANSA melaporkan, wanita terbabit terperanjat menemui ibu mentuanya di Lapangan Terbang Fiumicino dua hari selepas berkahwin.

Apabila perkara itu diadukan kepada suaminya, lelaki berkenaan mendakwa dia tidak boleh meninggalkan ibunya sendirian atas faktor kesihatan. - AFP

2 comments:

  1. Haha.... ada juga orang macam tu, ekk.

    Mujurlah suami kita boleh berjauhan dari mak dia. Kalau tak tentu tak selesa. Bukan tak suka, tapi perhubungan suami isteri ni perlukan privasi.

    ReplyDelete
  2. kadang2 bukan dengan mentua sahaja tak selesa tetapi dengan ibu bapa sendiri pun terasa juga. terutama dalam bab2 mendidik anak. memang atuk nenek ni sayangkan cucu sampaikan cubit sedikit pun dirasakan kejam sungguh... huhuhu....
    Apapun tangungjawab tetap tangungjawab. Kita pun tentu mahu anak-anak kita sentiasa bersama dengan kita terutama bila selalu diserang sakit tua.

    ReplyDelete

Jangan segan-segan. Meh ler beri kata sepatah dua....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...